I'm no simple person

perseverance , determination and devotion ~ to achieve your goal

Friday, January 13, 2012

Jika Kau Sedang Bersedih



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 2/216)


 Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu….Takdirkanlah yang terbaik untuk ku…aku buntu sekarang ni ya Allah...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Siapa yang mengalami kesusahan dan kesedihan hendaklah dia berdoa dan mengucapkan kalimah-kalimah berikut:

أَناَ عَبْدُكَ ابْنُ عَبْدِكَ ابْنُ أَمَتِكَ فِيْ قَبْضَتِكَ ، ناَصِيَتِيْ بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ نُوْرَ صَدْرِيْ وَرَبِيْعَ قَلْبِيْ وَجِلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ


“Ya Allah, aku adalah hambaMu, anak hamba lelaki dan hamba perempuanMu, diriku berada di dalam genggamanMu, jiwaku berada di tanganMu, hukum Mu berlaku pada diriku, keadilan keputusanMu berlaku terhadap diriku, aku memohon kepadaMu dengan menyebut semua Asma’Mu yang Engkau namakan diriMu dengannya atau Engkau turunkan dalam kitabMu atau Engkau mengajarkannya kepada seorang di antara makhlukMu atau Engkau memeliharanya di dalam ilmu ghaib di sisiMU. Jadikanlah al-Quran sebagai cahaya dadaku, kebahagiaan hatiku, penghapus kesedihanku dan pelenyap kesusahanku” Maka, seorang dari satu kaum berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang yang rugi adalah orang yang tidak membaca doa tersebut.” Nabi s.a.w menjawab: “Benar, kerana itu ucapkanlah selalu doa tersebut, dan ajarkanlah (kepada orang lain), sesungguhnya orang yang mengucapkan do’a itu kerana memohon apa yang terkandung di dalamnya, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihannya dan melestarikan kegembiraannya” (Sahih Kitab al-Azkar Wa Dha'ifuhu, Sheikh Salim al-Hilali. Hadith ini sahih kerana banyak syahidnya)

No comments:

Post a Comment

Spill