I'm no simple person

perseverance , determination and devotion ~ to achieve your goal

Wednesday, December 14, 2011

Sahabat


Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.
 Sahabat..
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabat...yang kurindu...
Amat-amat ku rindukan untaian kemesraan kita,
Kurindukan jalinan rabithah kita,
teramat kurindukan kasih dan sayang kita..
pernah kita kecapi dulu..
kita begitu dekat..
Rahsia hati sering dikongsi bersama,
Resah dijiwa kita sering berpadu,
Kebahagiaan dan kegembiraan mengukuhkan ikatan nurani kita..

Sahabat yang kusayangi di atas jalanNya...
Pernah suatu ketika dulu,
ku menangis di pangkuanmu kerana kisah dukaku,
pernah juga suatu ketika dulu,
kita mengorbankan saat lena kita,
berkongsi memori suka dan duka,
dan pernah suatu ketika dulu,
dikaulah yang duduk disisiku di saat insan lain berpaling..

 

No comments:

Post a Comment

Spill